Thursday, February 01, 2007  Jom Bina Laman Web Sendiri Dengan Mudah - Tag, Jom, bina, laman, web, mudah Jom Bina Laman Web Sendiri... Mudah aje, Saya akan membantu & mengajar anda... ;p Jom kita mulakan dengan Blogger.com. Daftarlah ye! Percuma aje.. Suatu yang istimewa di dalam blogger.com yang anda perlu tahu: - Anda boleh menghantar & mengubahsuai maklumat di dalam blog anda dengan mudah. Ianya mesra pengguna kerana anda boleh mengubahsuai info anda itu dengan mengubah mode secara compose ke html atau html kepada compose dengan mudah ;p
- Anda boleh beralih kepada template anda sendiri pada blogger anda.
- Anda boleh mendapat pendapatan sambilan dengan menyertai Program adsense Google dimana sebarang klik pada iklan di blog anda Google akan bayar anda dengan cek.
- Sebarang rakan-rakan blogger lain juga dapat melihat blog anda. Best tu..
Sudahkah Anda memiliki blogger? Jika ya, Bagus! Untuk mengusai & membina laman web anda sendiri dengan menggunakan Domain anda sebagai contoh (www.tajamas.com), Saya mencadangkan blogger anda perlu diisi dengan maklumat-maklumat atau cerita terlebih dahulu. sebelum beralih dengan memasukkan template milik anda yang anda bina. Macam blog saya ni ;p Untuk makluman anda, saya menggunakan Dreamweaver 8 untuk menukar template blog saya ini. Ia sungguh mudah kerana menggunakan konsep wysiwyg (apa yang anda nampak itu yang anda dapat). Juga kod-kod skirp juga diberi. Selain itu anda juga boleh menggunakan perisian lain seperti frontpage mamboo dsb atau sebarang program tetapi saya ingin mengajar anda mengemaskini atau mengubah/menukar template blog anda menggunakan dreamweaver 8. Versi yang lama juga boleh digunakan. Lebih baik versi 8 (Mesra pengguna). Sudahkah anda BERSEDIA? Jika YA, hantarkan komen anda untuk blog ini supaya saya mengetahui siapa yang minat dan mengajar mereka yang mahu memiliki laman webnya sendiri & memperoleh pendapatan di laman webnya. Jika BELUM bersedia, Sila daftar dan dapatkan akaun blogger anda. Yang ikhlas: Aminjohar posted by AminJohar at 3:55 AM  
3 Komen: Sya dah buat blog sendiri tpi blum cun nak ubah or tokok tambah...hhtp://Jvirginlis72.blogspot.com saya berminat utk belajar cara membina lawam web sendiri saya da pun coba2 blajar buat blog sendiri tapi setakat tu ja...tak tahu macamana nak terukannya.. blog saya ialah http//Lvirginlis72.blogsport.com
tolong bagi pendapat saudara..
TQ!!
<< Home |
Sya dah buat blog sendiri tpi blum cun nak ubah or tokok tambah...hhtp://Jvirginlis72.blogspot.com